Wonderful Life ft. Siti Fatimah (versi Studio Sembang)

SEDAR TAK SEDAR rupanya tiga tahun dah ima tak menulis di blog ini. Bulan ni di tahun 2023 ni tetiba nak check semula. Well you know me...very buzy all the time hehe.. Ok FYI, ayat posting ni pun ima tulis sikit-sikit dulu kat notepad laptop, baru boleh launch kat sini tau..(dah terbiasa buat) haha..😜

Ok la nak dijadikan cerita lagi beberapa hari lagi kita bakal masuk ke tahun baru 2024. Why not ima share sikit my story dulu sepanjang tiga tahun jugak ima tak menulis dalam blog ini ya..

Ok sekarang ima sibuk handle IT Freelance, servis sistem fokus pada Excel and promotion pun banyak focus on Shopee & Facebook posting.. Memang ima banyak fokus kat situ..tak sure la korang follow ima ke tak tu.. hehe.  Kalau ada yang follow ima tu, just like or give some comment said you from blog ke..at least i know ok.. and thank you tau..tanpa korang siapa la ima kan?.. huhu😎

Ok now untuk posting kali ini agak panjang sebab recently ima suka sangat tengok Studio Sembang kat youtube channel then ima suka la dengan konsep dia.. like sesi sharing pengalaman & idea story behind of you..Paling ima suka slot sesi AME bersama selebriti Nadiya Nisaa.. Suka dengar story dia then pengalaman yang dia share. Really inspire me masa part dia share story dia handle kerja di rumah dengan jaga anak dan family. Macam yang dia cakap sebagai seorang isteri dan ibu.. Tiada hari yang perfect. Jangan rasa kecewa jika kita gagal. Esok boleh cuba lagi. Serius itulah yang ima rasakan dulu dan sekarang. Jangan mudah berputus asa okay!


 Anyway, so apa kata kita ambil slot penting untuk kita share the idea daripada podcast tu?

 Kalau nak tunggu depa interview ima macam tu memang tak mungkin la kot..who are u sisturrr?? hahah.. 

 Ok so there we go…

 


Q1 : Hows your childhood?

Ok zaman ima kecil dulu tak berapa ok sebab dari sudut family is not good to share here.. cuma yang ima boleh story.. Ima dilahirkan di Batu Kurau, Perak & dibesarkan di Sungai Petani, Kedah. Ima anak No. 2 dalam 4 adik-beradik.. ada seorang abang dan dua adik lelaki. Ima ni kira satunya anak perempuan dalam keluarga kami. My family mengamalkan poligami.. Mak ima isteri No.2 dan terus terang cakap poligami yang diamalkan agak tak sihat which is rasa ramai yang tak setuju termasuk ima sendiri.. Pernah dulu masa kecik tertanya jugak la why I was born into this family? but lama-lama bila kita dah besar ni kita akan faham setiap perkara tu dia ada sebab-sebab dia. Cuma itu kan kuasa Allah, siapa kita nak menghalang kan?Cuma for me utk hidup bahagi kasih di antara seorang lelaki bersama dua orang wanita is not a good idea.. kena fikir semua kesan terutamanya anak. That why ima setuju sangat bila orang kata kahwin lebih daripada seorang itu bukan takdir tetapi pilihan.. Yes pilihan.. So please.. jangan salahkan takdir ok. Kita kan diberi akal untuk buat keputusan. That’s it.  

Kalau dari segi kawan, ima memang suka berkawan..jenis terlebih peramah kot haha.. Cuma sejak masuk 30-an ni dah rasa nak jadi introvert ja.. maybe faktor umur juga kot kan. Nak yang tenang-tenang ja. Ok la itu jela ima boleh story sikit kan bab ni huhuhu..

Q2 : Apa cita-cita anda?

ima ni kalau nak ikutkan dari kecik cita-cita tak tetap.. Berubah ikut masa dan dengan siapa ima kenal dan jumpa.. Kalau boleh buat senarai cita-cita ima ni.. :

1.    Cikgu - sebab suka tengok cara cikgu mengajar kat depan..semua orang pandang dan tekun je dengar hehe..

2.    Ahli Perniagaan - sebab suka jual beli tapi bukan kedai makan sebab ima tak suka main dengan air & bidang makanan ni bidang yang kita kalau nak buat biznes kena jaga betul- betul.. tak boleh try-try sebab akan jadi darah daging orang kot.. kalau sakit perut orang tu naya oi haha😝

3.    Secretary - suka tolong buat kerja yang orang suruh.. macam jadi Personal Assistant ke.. Kerani pun okay..janji kerja bawah orang macam tu. Jenis nak makan gaji bulan ja ni.. hehe

Q3 : Bagaimana boleh terlibat dalam biznes online?

IT FREELANCE – inilah ima sekarang jika orang tanya. Actually kalau boleh buat rumusan la kan.. ketiga-tiga cita-cita ima tadi tu secara tak langsung dah implement dalam diri ima sebelum ima jadi macam sekarang ini.. ima pernah mengajar orang macam buat seminar dulu masa study, pernah kerja bawah orang ikut apa orang suruh buat.. almost 5 tahun jugak la..jadi IT Programer, Admin Cum IT Assistant and now Ahli Perniagaan aka IT Freelance, kerja atas talian.. so thats it hahaha

Last ima berhenti kerja dengan orang pada tahun 2018 (kira yang official company).. Masa ini ima banyak tukar kerja.. paling lama pun dua tahun.. Orang kalau dengar mesti kata ima ni macam bermasalah dalam kerjaya..Tapi sebenarnya kan kerja ima bertukar mostly sebab management problem.. Tapi its ok alhamdulilah.. daripada starting kerja 2014 sampai la 2018 ima banyak dapat pengalaman kerja yang sukar ima lupakan dan sedikit sebanyak bantu ima dalam uruskan biznes ima sekarang ni. Member lama kerja pun semua masih keep in touch sampai sekarang tau., plus korang mesti tak percaya kalau ima cakap ima ada jumpa kawan yang share date birthday sama dengan ima di dua tempat kerja yang berbeza..Kebetulan sungguh noh! Nah la kita tunjuk gambar kami sikit tanda is real guysss.. cara kami dapat tau pun mcm funny ja 😂


Q4 : Perasaan jadi seorang isteri dan ibu?

Ya Allah, hanya Allah yang tahu.. Macam-macam perasaan.. Happy takut sedih semua ada. Menjadi seorang isteri bahagia sangat sebab ada orang take care pasal kita..ambik tahu makan pakai kita..ada dengan kita selalu.. takut sebab actually ima seorang yang pernah cakap dalam hati “aku tak nak kahwin”.. kahwin ni macam kau terikat tau.. tapi actually dia bukan terikat yang kau tak boleh buat apa pun.. kau masih boleh buat tapi ada batas dia. Alhamdulilah ima happy dan actually sangat bahagia hidup dengan seorang lelaki yang totally amazing.. Ima syukur sangat Allah pertemukan ima balik dengan dia.. Imagine ok kau kenal dia dari sekolah satu kelas 2004 then lost contact sebab masing-masing buat hal sendiri lepas sekolah tapi masih duduk di satu kawasan beza taman je dengan dia.. dan kau tak tau pun itulah jodoh kau.. Jodoh itu Rahsia Allah. Alhamdulilah.💖


Ok menjadi ibu pula di usia ima 26 tahun baru sangat kahwin kira bunting pelamin.. nikah bulan 12 then dapat tahu awal bulan 2 mengandung. masa tu Ya Allah rasa sedih sikit sebab tak dapat nak honeymoon sangat hehe ..terus kena hadap muntah then kena ada baby..belajar macam-macam then lama-lama rasa betul la orang kata anak ni pengikat kasih sayang antara suami isteri.. Dan maybe rezeki ima dengan suami dapat awal sebab banyak orang yang ima jumpa dan kenal tapi tak dapat macam ima.. so ima doakan korang yang baca ni insyaAllah dimurahkan rezeki anak.. Allah nak bagi tu kejap ja cuma kita kena banyak berusaha, berdoa dan sabar.. InsyaLLAH.. 

And then tiga tahun lepas tu kami dapat pula seorang anak lelaki.. masa ini kami memang target nak ada seorang lagi anak and kalau boleh lelaki la kan sebab yang sulung dah perempuan..(memang target dalam 2 orang anak ja dari awal) but then 10/5/23 tahun ni ima dapat detact yang second baby Faiz dia ada tanda-tanda ke arah Autism.. masa ni dia macam in denial sikit.. ada perasan sedih, geram rasa mcm why me? Kenapa kami? tapi Alhamdulilah.. Kami dapat terima dengan hati terbuka. Kami buat check up.. mostly En. Suami yang banyak pergi sebab faktor tempat dengan masa nak check up tu.. ima pun banyak join group dan ima pun banyak belajar kehidupan orang Autism ni..baca pengalaman family yang ada anak istimewa ni.. InsyAllah kami masih dalam proses go through dengan diaorang punya schedule routine checkup sebab setakat ini Faiz dalam kategori suspect to Autism berdasarkan tanda-tanda yang ada.. jadi masih jauh lagi perjalanan dia dan kami akan terus berusaha buat yang terbaik selagi kami hidup untuk anak-anak kami.. Doakan family terdekat kami akan terus support kami dan korang juga tolong doakan ima dengan family dapat terus kuat hadapi kami punya life ni dengan tenang dan sabar.. InsyaAllah.


RAPID FIRE QUESTION 💥

1. What your favourite channel?

Selain daripada gosip dunia hiburan punya channel, of coz la Faktaw Channel.. Suka tengok cara faktaw share story dia.. ima tak berapa minat sejarah tapi bila tengok channel ni confirm terminat secara tak langsung.. dengan dia punya versi gelak hahaha tu memang rare hahaha


2. Siapa favourite actor/actress in Malaysia?

Zizan Razak, Saiful Apek, Erra Fazira.


3. Siapa favourite actor/actress outside Malaysia?

Bollywood - 3 Khan, Shah Rukh Khan, Salman Khan & Amirr Khan, Rani Mukerji,

Hollywood - Jason Statham, Dwayne Johnson, Ryan Reynolds, Sandra Bullock

Korea - Lee Dae Hae, Lee Joon Gi, Lee Dong Wook (My Girl team ni hehe)


4. Jika boleh ubah, apa yang you nak diubah?

Study.. Nak focus more on study. Tak nak banyak main and tak nak buat benda yang buang masa.


5. Kalau boleh migrate kat satu tempat, di manakah itu?

Tak nak. Rasa happy sangat duduk di mana ima ada sekarang.. Home sweet home gitew..hahah tapi kalau terpaksa la kena migrate daripada sini.. ima nak migrate kat kawasan pulau.. kalau masih dalam Malaysia kat Pulau Tioman… target trip tak lepas nak pergi sana lagi ni..haha.. boleh dok sana sebab depa kata pantai dia cantikk huhuhu.. tapi memang serius cantik beb! InsyaAllah one day doakan ima dapat trip pergi sana dengan my sweet family okay!


6. The best gift you’ve ever received?

Phone that I used now. En Suami belikan dengan secara tiba-tiba.. Really surprise kot sebab memang plan nak upgrade phone masa tu tapi nak tangguh dulu sebab nak fokus benda lain tapi tetiba dapat…memang surprise gila. Love you Mr. AF 💗


7. What’s your favorite joke?

Story macam mana nak masukkan gajah dalam peti sejuk?

Jawapan dia mudah ja.. Buka peti sejuk, masukkan gajah then tutup.

Next macam mana nak masukkan zirafah pula dalam peti sejuk?

Jawapan dia sama macam gajah tadi.. Buka peti sejuk, masukkan zirafah then tutup. Senang kan?

Ok then pada satu hari di dalam hutan, Sang Raja Rimba, Singa mengadakan majlis sambutan hari jadi dan jemput semua binatang datang tetapi ada binatang yang tak datang.. binatang apakah itu? Korang cuba jawab tengok? Hehe

ONE

.

.

TWO

.

.

THREE

Ok times up! Jawapan dia… dua binatang tadi la.. kita kan dah masukkan dalam peti sejuk tadi so macam mana binatang tu nak pergi dah kita sama-sama simpan dalam peti sejuk tu kan? Haha..

Story ni ima ada juga keluarkan dalam ebook keluaran IKN.. Test IQ Minda Anda.. banyak lagi IQ test yang buat otak korang berfikir sejenak. Jika berminat boleh dapatkan okay!

   



Ok the last one ima nak share, Hidup ini Indah & Mati itu Pasti..

Again buat semua yang mengenali diri ima secara realiti atau di alam maya, doakan ima dapat menjalani kehidupan mencabar ini dengan tenang dan sabar. Dipermudahkan rezeki dan urusan dunia dan akhirat. InsyaAllah I love to share this best quote so far for me and to you guys..

”Berkerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah kamu seperti kamu akan mati pada esok hari.”

Kata-kata ni buat kita rasa kita perlu seimbangkan dalam dunia & akhirat. InsyaALLAH semoga kita semua dipermudahkan urusan dan dimurahkan dengan rezeki yang berkat. Ameen.❤


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Catatan Perjalanan Ima..

Merdeka...!