Share with Love π
Assalamualaikum & hye guys.. hari ini ima rasa nak post something pasal 'quote of day' aka kata-kata semangat. Ima selalu perasan dalam posting ramai mesti ada selit ayat deep or 'motivate words'..so rasa ima pun patut share kat sini antara kata-kata yang ima jumpa & love sangat. Perkongsian ini untuk anda semua yang sedang melalui hidup yang penuh dengan ujian ini dengan tenang, sabar, yakin dan bijak. InsyaAllah sama-sama kita menuju ke syurga Allah yang kekal abadi.
"Hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan dengan rasa putus asa dan kecewa. Setiap detik adalah anugerah, setiap nafas adalah nikmat. Menerima takdir Allah dengan hati yang redha adalah kunci kepada ketenangan jiwa. Apabila kita yakin bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang, hati kita akan tenang menghadapi apa jua yang mendatang." π
"Apa nikmat dan kemudahan yang Allah SWT beri sekarang?”
Pada saat kita perhatikan nikmat-nikmat yang Allah SWT beri, semakin besar kesyukuran kita. Hati mula belajar untuk bersangka baik terhadap-Nya. Perlahan-lahan ketenangan menyapa walaupun ujian belum berakhir."
"Renungi nikmat yang kita masih dapat walaupun sedang melalui kesulitan."π
"Buatlah backup plan sebanyak mana pun, kita tetap akan berjalan diatas takdir Allah yang telah ditentukan. Jalani saja setiap moment hidup seperti roda, kita akan lalu semua fasa. Titik rendah, titik tinggi atau melintang, setiap orang pasti lalu. Jangan sedap hati setiap masa." ππΌπ― Yeszaa.. Just go with the flow & the rest is history. Love this words. π
π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬
EMPAT SOALAN yang akan ditanya di Padang Mahsyar π₯
1. Tentang umur, untuk apa dihabiskan?
2. Tentang ilmu, bagaimana diamalkan?
3. Tentang hartanya, dari mana diperoleh? dan ke mana dibelanjakan?
4. Tentang tubuh badan, untuk apa digunakan?
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran." (Surah al-Asr: 1-3)
Semoga kita tergolong dalam kalangan yang mampu menjawab setiap soalan ini dengan jawapan yang baik dan membawa kita ke syurgaNya. Ameen.
"Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui."
(Surah Al'Ankabut. Ayat 64.)
https://share.google/SIf4VcFzIgT2dG1ul
Credit to Wasiat Akhir Zaman, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Am Politeknik Hulu Terengganu (PHT) & Mohd Khairulazman Abu Bakar.
π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬π¬
Ada satu lagi kata-kata 'deep' daripada hamba Allah ni yg kami nak share untuk renungan kita bersama.. Apalah sangat ujian yang kita ada sekarang ni jika nak dibandingkan dengan ujian para Rasul dulu.. memang kecik sangat yang kita hadap untuk sama-sama menuju syurga Allah. Subhanallah.. Setiap ujian ada hikmahnya. InsyaAllah. ✨
Ima pun actually hari tu ada dapat ilham nak buat short form utk my motivate words.. sendiri cipta.. saja suka-suka.. ima list one by one kat sini ya..
RAHSIA.. tapi bukan lagi rahsia.. ππ¬
Jom ima elobrate ayat ni kepada falsafah hidup ima untuk korang relate & boleh dijadikan inspirasi dalam hidup korang juga k.. Share with Love π
R = Reflect Diri.
Setiap dari kita ada ujian masing-masing. Cuba selalu reflect diri kita jika berasa di tempat orang tersebut.
A = Aib diri & keluarga wajib dijaga.
Jaga maruah diri.. selalu ingat kita bukan bawa diri kita sahaja tapi bawa nama family kita juga. Jaga nama baik mereka selagi mana tidak menyalahi hukum syariat. InsyaAllah.
H = Hari ini boleh jadi baik dari semalam atau sebaliknya.
Hidup ini ibarat roda yang berputar. Kadang di atas kadang di bawah. Sentiasa perlu bersangka baik.
S = Solat LIMA waktu jangan ditinggal.
"Solat lah kalian walau terpaksa. Lebih baik terpaksa masuk syurga, dari ikhlas masuk neraka."
Jagalah solat, walaupun kita bukan orang yang sempurna. Solat adalah tiang agama dan penghubung kita dengan Allah. Melalui solat, kita memohon kekuatan dan petunjuk untuk menjadi lebih baik. Jangan pernah tinggalkan solat, kerana ia adalah jalan menuju redha Allah.
Walaupun kita masih berusaha memperbaiki diri, solat adalah asas yang membantu kita untuk terus istiqamah. Setiap kali kita solat, kita mendekatkan diri kepada Allah, memohon keampunan dan rahmat-Nya. Jagalah solat, kerana dari solatlah kita mendapat ketenangan dan keberkatan hidup.
Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Ameen ya Allah π
Credit to Jom Dakwah.
I = Ingat DUA perkara dan jangan ingat DUA perkara.
π INGAT kebaikan orang kepada kita.
π INGAT pemberian orang kepada kita.
❌️ JANGAN INGAT kebaikan kita kepada orang.
❌️ JANGAN INGAT pemberian kita kepada orang.
A = Amanah kerana Allah.
Setiap perkara yang melibatkan diri kita dan diberi atas dasar kepercayaan, mestilah dilakukan dengan amanah kerana Allah Maha Melihat.
Love all this words. π

Ulasan
Catat Ulasan