Pantang Oh Pantang (Edisi Ke-2)

     OKAY TAJUK POST ENTRY ima kali ni pasti semua yang bergelar ibu akan laluinya SEKALI LAGI kan? Hehe.. (Post yang lebih kurang sama dengan post entry yang ni 'Pantang Oh Pantang' , tapi yang ni untuk anak kedua ima so thats why ima namakan post ni sebagai edisi kedua ya 😜) Dah macam version ebook yang ima keluarkan pulak sebab ada edisi-edisi ni kan..hehe 

     Alhamdulilah.. 44 hari pantang ima dah pun selamat laluinya. Kali ni memang ima dengan Mr. Husband rancang untuk dapat anak kedua tahun ni. Nak-nak pulak tahun 2020 tahun yang cantik  Sapa tak nak kan? hehe. Even monster Covid-19 melanda kita semua.😷, kita kena kuat! Tapi baby Faiz bukan baby PKP tau guys sebab ima dapat tau dah ber'isi' time tengah bulan 2 ya.. hehe.. Alhamdulilah.. rezeki Allah permudahkan urusan kami dua. (pada yang belum ada tu sekali lagi ima doakan.. Jangan susah hati, Insyaallah rezeki korang akan datang nanti. Just keep your doa & berusaha okay!)



     Tarikh 21.10.2020 jam 6.49 pagi adalah satu lagi saat manis yang tercatat dalam memori indah yang ima tak dapat nak lupakan bila munculnya Faiz Aminuddin di muka bumi ciptaan Allah S.W.T yang cukup indah ini. Berjaya (Faiz) Pengamanah Agama (Aminuddin) itulah maksud di sebalik nama yang ima dan Mr. Husband bagi. Ok now ima dah totally ready untuk dapat gelaran ibu kepada dua orang anak. Belum masuk 30 series dah dapat sepasang dah. Memang unexpected. Syukur sangat-sangat. 

Okay, mengandung kali kedua ni sangat berbeza masa mengandungkan Aleeya dulu sebab yang ni tiap kali scan nak tengok jantina baby mesti tak ada langsung tanda boy or girl. Ada satu doktor tu siap cakap baby kepit la tak boleh nak usha jantina dia dan cakap biasanya yang kepit ni perempuan. Ima senyum jela. Tak kisah.. Janji baby sihat dan proses bersalin dipermudahkan. Itu dah cukup kan. Bohong la kalau kata tak nak anak lelaki pulak, sebab yang sulung dah perempuan, of course yang kedua ni kami nak lelaki so sepasang gitew kan? huhu

     Okay then meh ima nak cerita sikit proses bersalin yang ima kena lalui sebelum nak deliver anak kedua ima ni. This time memang ima dah kena ready dari awal sebab daripada dua minggu lagi nurse dah pesan ima maybe akan deliver baby anytime. So ima pun just ready for that day la kan.. Mengidam? Okay bab ni beza Aleeya dengan Faiz, kali ni ima suka sangat makan benda manis. Minum aiyak manis jangan cakap la kan. Ada la jugak risau kot terkena diabetes pregnancy. Jenuh minum aiyak gula wey. So alhamdulilah.. sepanjang mengandung Faiz ni, ima kena minum sekali je aiyak gula. Tu pun sebab procedure setiap klinik untuk wanita hamil. Kali ni ada perisa oren so tak ada la rasa loya macam time Aleeya dulu kan..huhu. Kalau bab muntah, loya tu jangan cakap la.. Kali ni memang lagi teruk daripada mengandung Aleeya dulu kot. Awal 6-7 bulan mengandung Faiz ni memang mencabar sungguh. Serius tak larat langsung sampai kena balik SP stay rumah mak kot. huhu..

Kronologi ima bergelar seorang ibu. :

21.10.20 - Rabu

Pagi-pagi buta ima turun tanda construction start pukul 1.30 pagi. Memang tak lena tidoq la kita kan. Ok pukul 4.30 pagi macam tu jugak memang ima dah decide nak kena pergi check dengan Mr. Husband kat hospital. Risau jugak kalau apa-apa jadi kat baby dalam perut kan. Dok biasa dengar cerita jika tak ada apa-apa pihak hospital akan minta kita balik ja selagi tak turun tanda. Ima tawakal jela sebab memang kali ni pengalaman bersalin lain macam sungguh. Pagi tu jugak ima kena check bukaan and guess what? 5cm dah terbuka kot. So apa lagi, ima kena la admit ke dalam labour room terus. Ready nak deliver Faiz.  Memang tak sempat la nak jumpa balik dengan Mr. Husband nak salam dia ke apa kan. Just sempat bagi baju yang ima pakai dengan tunggu dia bawa biskut dengan air masak yang tak sempat ima nak makan tu. Ima sempat lagi kot pesan kat nurse yang ada kat situ, minta sampaikan salam ima kat Mr. Husband. Nak bersalin ni memang ima dah hujung-hujung nyawa. Risau beb kalau tak sempat nak minta maaf kat dia. Sebab sepanjang mengandung ni ada la juga terkasar bahasa sikit kan..biasa la perempuan mengandung ni hormon dia tak stabil sikit (kena mengaku even depan dia nak jugak up sikit ego tu kan hehehe..)



Hari Raya Aidil Adha 2020. Perut membulat lain macam.  
Time ni ramai teka baby boy..Kita aminkan jela ya.. hehehe..

22.10.20 - Khamis

Ima ditempatkan di katil ibu yang dah selamat bersalin. Time ni Faiz diletakkan sekali di sebelah ima sebab masa Aleeya dulu nurse memang bawa dia terus ke bilik wad baby dan masuk dalam ikubator kes kuning dia teruk.

Rutin pagi macam biasa. Check tekanan darah dengan layan baby Faiz macam biasa. Dia beza sikit daripada kakak dia sebab ni jenis buat don't know je even sebelah kanan & depan katil ima tu baby perempuan. Maybe baby lelaki ni jenis selamba macam pak dia kot. hehe. Okay doktor inform petang tu juga ima dah boleh discharge dengan baby. Syukur alhamdulilah. Memang syok tak terkira la dapat keluar wad secepat macam tu. Maybe sebab monster Covid-19 sama kot. Stay safe guys! 😎💖

23.10.20 - Jumaat

Pagi ikut jadual kena check kuning Faiz di hospital lama & kuning Faiz time ni 141.. Kira risiko tinggi jugak. Aleeya punya dulu paling tinggi dia 160. So Faiz terpaksa la kena tahan di bilik fototerapi (bilik katil baby bawah lampu) pula sebab kes kuning dia naik. Memang ima tak dapat stay sekali even ada request dengan nurse kat situ so terpaksa la tinggal dia kat situ. Tak kisah la apa nak jadi. Yang penting nak dia sihat ja.

24.10.20 - Sabtu

Faiz dah boleh discharge. Lebih daripada 24 jam jugak dia kat dalam wad tu. Lega yang amat. Memang dia dapat keluar sehari hari tu sebab nak balik jumpa Kak Aleeya dia la kot kan. hehe. Apa-apa pun macam biasa kuning Faiz masih dalam tahap pemantauan di klinik sebab dia tak turun banyak. Dok turun naik gitew ja.huhu.. So kami guna la petua yang member-member dok share macam Aleeya dulu. Salah satunya pakai ubat titik Nuriz dengan ima stop dulu makan halia dgn daun kunyit. Nanti dah okay dia punya kuning tu makan la balik kan.. Bagus dua bahan ni time berpantang tapi kena pandai adjust okay mommy & daddy semua. InsyaAllah kita cuba sahaja yang mana okay! 


Gambar pertama baby Faiz bersama Kak Aleeya. 
Suka dia dapat adik lelaki. huhu..

25.10.20 - 03.12.20

Sama macam berpantang anak first, ima berpantang di rumah mak. Bertungku (benda ni memang ima dah decide nak buat 2 kali sehari ja.  Pagi dengan petang sebelum Asar sebab memang ima penat dengan Faiz dia rajin minum susu pagi-pagi buta. sebab tu la kot lahir pagi-pagi kan. Untung la mak ima yg tolong panaskan, jika tak mungkin ima malas nak buat kot hehe. Paling banyak ima bertungku 2 kali sehari,  Beza sikit dengan Aleeya dulu 4 kali sehari kot. Sekarang ima banyak baca dan rujuk pakar yang dalam bab berpantang ni. Yang penting makan kena jaga. salah seorang yang ima dok usha and refer is Dr. Imelda. Memang dia ni pakar bab ibu-ibu hamil. kalau tak, tak ada la dia ada rancangan sendiri kat Astro tu kan. Bertungku ima buat sampai 25 hari macam tu je. Then, pantang makan & minum ada ima ubah sikit janji ima tengok badan dengan baby ok tak kan.. Recall back edisi 1 pantang ima, pernah hari ke 16 ima makan ikan duri. Malam tu faraj ima sakit sangat. Then now memang ima decide nak byk membaca cara pantang yg betul.  Itu la macam ima cakap, lain orang lain caranya. So korang pun kena hati2 k. Jangan jadi macam ima huhu. Anyway, pusat Faiz pun dah tertanggal hari ke 6 genap. Kali ni terus tanam macam Aleeya . Rambut Faiz pun sama , Faiz dah masuk hari ke 24 hari so kita cukuq rambut dia jadi botak.  Ima pun baru settle mengurut. Lega sangat badan ni bila mengurut.

Ok again ima cedok post lama edisi pertama ima masa bersalin aleeya dulu ok. di sini ima nak share sikit tips pantang dari soal makanan/minuman (soal ni actually depends on ibu itu sendiri. Ima terus terang ckp mula2 ikut je cakap mak sebab yela petua orang tua2 kan. Tapi bila ima tengok balik dia bersalin di rumah without jahit so ada yang boleh ikut dan ada jugak tak boleh, so kena la buat research dgn tanya orang yg seangkatan kes mcm ima ni plus tanya En Google..hehe (again its depends on you), petua dari tok bidan yg mengurut ima dan juga proses perahan susu ibu (yg ni penting utk ibu yang niat nak susu 2 tahun + utk ibu bekerja dari rumah macam ima). Al maklum la    work at home la kan. Harap semuanya berjalan lancar. Amin. Mohon semua doakan niat ima utk menyusu Aleeya selama 2 tahun ni dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna ya. InsyaAllah..

○ SEMASA PANTANG 44 HARI
























Buah-buahan : Epal merah (epal hijau tak boleh), Oren (yang manis je, masam tak boleh gak) , Kurma (kena ambil selalu sebab bagus utk tambah susu)

Sayur-sayuran : Sayur sawi dgn carrot je ima berani makan. Plus sayur brokoli, ima tumpang sayur Aleeya sebab dia suka sangat makan sayur brokoli ni. huhu

Ikan-ikan : Haruan (ikan ni ima rajin makan dalam 3 minggu awal tu sebab cukup berkesan utk pulihkan luka jahitan), Ikan Merah & Tenggiri (ima buat sup masak halia dengan buat goreng je), Ayam - Sup & goreng dan bakar. Minggu ke 3 ima dah start makan sebab luka dah pulih. Jika belum, better jangan ambil lagi sebab boleh buat gatal pada luka kita tu.

Makanan : Nasi Panas, Roti Canai, Capati
Minuman : Milo, Horlick, Susu tepung anak ima Dutch Lady (Mcm biasa, ima tumpang sekaki lagi heheh) - Milo kali ni pantang ima rajin minum..Even nanti akan buat najis kita keras sikit ima tetap minum. Maybe berani sebab luka cepat pulih kot.  ima minta husband belikan ubat sembelit kat farmasi. Mudah je membuang..huhu.. Lagi satu petua nak elak sembelit, banyak makan sayur sawi k. InsyaAllah masalah sembelit akan berkurang. 

Bijirin - Oats, Empingan jagung (Corn flakes), Kismis Kuning, Roti Wholemeal


○ SELEPAS PANTANG 44 HARI (PANTANG 6 BULAN) - Ni list yg ima bakal buat lepas ni. Harap boleh ikut la kan. Kalau tak, faham-faham jela ya huhu..

Makanan : Laksa (1 tahun), Mee kuning, KoewTeaw, Ikan Patin,  Keli
Minuman : Ais, Ais Krim, (100 HARI), Air kelapa
Sayur : Taugeh,  Kangkung, Kacang panjang
Buah : Tembikai susu, Tembikai
















Petua Tok Bidan - Lepas habis pantang (Seminggu Sekali) - Ni petua Tok Bidan nama Cik Sal yang mengurut ima 3 hari berturut-turut. Not bad jugak dia mengurut ima dgn ambil pakej cukur botak rambut Aleeya sekali. Harga dia pun memang berbaloi. RM150.00 utk kos urut dgn cukur botak kepala baby RM12.25. Murah kan?.. susah dah nak cari sekarang. So pada sesiapa yg stay daerah ima ni boleh la contact dia ya.

Minum - Air rebusan sirih, ros tiga kuntum - air, kulit kayu manis : rebus minum

Cucian Muka - Air cuci beras, putih telur, susu tepung, kulit timun, air separuh cawan (blend)


Credit to NuhaBaby, DrErnaNadia, HamilDalam3Bulan, 9Bulan10Hari & seangkatan dengannya (Korang boleh la baca sepenuhnya di laman facebook diorang yg lebih berpengalaman ni nak dibandingkan dengan ima yang baru nak mula belajar ni hehe)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Wonderful Life ft. Siti Fatimah (versi Studio Sembang)

Catatan Perjalanan Ima..

Merdeka...!