Pantang Oh Pantang

OK TAJUK ENTRY ima kali ni pasti semua yang bergelar ibu akan laluinya kan? Alhamdulilah.. 44 hari pantang ima dah berlalu dan ima dah pun selamat laluinya. Ima ni orang cakap bunting pelamin.. Mana taknya, baru je hujung tahun lepas nikah kot, tahu2 bulan Februari tahun ni dah melekat sorang. Hehe.. Alhamdulilah.. rezeki hamil awal orang kata. (pada yg belum ada tu jangan susah hati, Insyaallah rezeki korang akan datang nanti. Just keep your doa, berusaha & ima pun akan doakan sama k)





Tarikh 19.09.2017 tepat jam 10.00 malam adalah satu lagi saat manis yg tercatat dalam memori indah yg ima tak dapat nak lupakan bila munculnya Nur Aleeya Akma di muka bumi ciptaan Allah S.W.T yang cukup indah ini. Saat inilah saat ima mula belajar kehidupan yang perlu dilalui oleh semua wanita yg bergelar IBU. Ok, ima prefer Aleeya panggil ima dgn panggilan “Ibu” k sebab sejuk je hati bila tgk anak2 kecil panggil ibu. Oh my.. I cannot wait for Aleeya call me “Ibu” bila dia dah start cakap nanti..huhu..(muka excited sekejap). Ok meh ima cerita sikit proses bersalin yg ima kena lalui. Serius cakap, ini first time ima hadapi saat bersalin yang penuh cabaran. Nak2 lagi ima kena deliver Aleeya awal drpd tarikh due. Dua minggu awal plak tu. Kalau ikutkan 30.09.17 tapi disebabkan time tu doktor cakap air ketuban ima dah rendah, terpaksa la deliver awal. Punya la takut time tu. Before ni just dengar drpd mulut2 orang je. Sekarang baru dapat rasa nikmatnya menjadi seorang ibu. Trust me. Penuh cabarannya beb.! So here ima nak ringkaskan perjalanan ima menjadi ibu dalam bentuk kronologi k.



Kronologi ima bergelar seorang ibu.

18.09.17 - Isnin

ima kena admit ke hospital. Macam biasa every weekend ima kena check up perut. Diorg akan check air ketuban yang ada dalam perut kita. Ima perasan drpd last weekend lagi bila ada doktor ckp dia akan pantau air ketuban dalam perut ima.. takut kurang.. Haa time ni la yg doktor (doktor yg ima tak pernah jumpa sebab doktor yg selalu rawat ima tu maybe cuti kot) ckp ima kena admit hospital awal. Ikutkan dia tanya, boleh masuk wad sekarang tak?. oh please.. dah la ima drive kereta datang sini sorang2.. nak terus masuk? Oh..banyak kerja nak kena fikir ni.. so ima pun request la balik dulu, nak inform husband dgn family semua & nak siapkan apa yg patut then petang tu baru boleh admit.. siap call husband minta dia ambik half day lagi ok.. huhu..(sempat lagi ima pergi cari air kepala kot masa on the way nak balik rumah) hahaha..

Petang tu masuk je dalam hospital. Diorang tempatkan ima di katil wad menunggu utk wanita bersalin (katil sementara sebab katil sebenar masih penuh). Time ni dah mula rasa seram sejuk. Macam2 jenis ibu mengandung yang ima jumpa.. Mostly semua anak first so tak dapat la nak sembang banyak soal deliver baby.. habis kuat sembang berapa bulan mengandung? bila tarikh due? Kenapa masuk sini awal drpd tarikh due? Dan macam2 lagi la kami borak.. Nak melupakan sebentar saat2 gentir yg kami bakal2 ibu ni nak hadapi nanti la katakan..huhu

19.09.17 - Selasa

Pagi ini mulalah balik rasa seram sejuk semalam yang tak habis lagi tu. Ima kena induce a.k.a buat masuk ubat kat bahagian faraj kita tu.. Ya Allah, punya la sakit time buat masuk tu huhu.. Doktor akan induce kita sebab nak bagi ada bukaan atau jalan bagi mudah baby keluar nanti, then jika tak buka banyak diaorang akan induce lagi utk kali kedua. Time ni sakit rasa lebih kurang setengah jam sekali. Sakit dia diorang cakap macam sengugut tu.. So, tengah hari tu ima kena tukar katil ke bahagian sebelah, bersebelah pula dengan sorang patient ni yg tarikh nikah dia sama dgn ima.. 16.12.16. Baru terfikir, bulan Disember kan cuti sekolah so banyak la orang nikah you alls.. haha.. Dalam petang mcm tu lepas habis waktu melawat pertama tu, mula la seram sejuk datang lagi. Doktor check & cakap baru buka 1cm, so apa lagi bersedia la kau ima utk kangkang sekali lagi then ima pun kena la induce sekali lagi (kali kedua kot). Kali ni memang sakit sangat. 5 minit sekali ok. Baru tau rasa constraction tu macam mana. Waktu melawat kedua tu, rasa lega hati ni sikit bila tgk husband datang. Mmg menangis macam anak kecik la sambil pegang tangan husband sebab sakit dia dah tak kira dah. Makan pun dah tak lalu. Tak kisah dah time tu nurse marah ke apa sebab diorg ckp selagi bukaan tak buka ke 5cm, selagi tu la ima tak boleh bawa turun ke wad bersalin sebab time tu wad bersalin penuh. (Penantian yg penuh penyeksaan kot)

Akhirnya dalam pukul 7.30 malam tu 5cm pun terbuka. Time ni waktu melawat dah lama habis. Husband just boleh tunggu kat luar wad je sebab takut2 time ima nak deliver baby dah sampai. Then ima pun ditolak masuk ke bilik wad bersalin lepas dah inform kat husband yg dia kena ambil barang ima semua. Time ni nasib baik la doktor perempuan yg incharge.. punya la takut dapat doktor lelaki. Tapi ingatkan dah turun bawah dah boleh deliver baby, rupanya ima kena tunggu bukaan 10cm pulak dah.. Aduhhh.. kenapa la aku diuji mcm ni sekali.. mmg time tu dok berdoa dlm hati siap pesan kat Aleeya dlm perut.. keluar la cepat ya syg ibu.. Ibu tak sabar dah nak jumpa Aleeya. Ima time ni memang banyak kali la tekan alarm utk panggil nurse yg incharge kat situ. Tak tahan dah. Last tekan, nurse nama Kak Yus masuk then dia check dah nak buka 10cm. Dia minta ima teran.. Alhamdulilah dia seorang je cukup utk sambut Aleeya sebab dia cakap ima pandai teran..(lega hati dengar bila kena puji macam tu even masa dok teran tu mulut ada jugak la gatal nak minta operation saje la.. kes tak tahan sakit sangat ok.. dia pun marah la, apa lagi.. elok2 boleh deliver normal ada ke patut minta deliver secara operation.. memang mulut ima time tu tak fikir apa dah.. macam mati hidup semula la orang kata huhuhu..) Tapi yg tak bestnya, ima still kena jahit 3 lapisan kat bawah tu sebab Kak Yus cakap ima angkat punggung masa teran tadi. Erm... entah la.. time teran tadi mana nak sedar kan.. time ni tak fikir sakit dah sebab Aleeya dah ada di atas perut ima.. Sejuk je hati bila dengar suara Aleeya nangis dgn mata dia terbuka.. So cute.. Alhamdulilah..





20.09.17 - Rabu

Ima ditempatkan di katil ibu yg dah selamat bersalin. Time ni Aleeya tak diletakkan di sebelah ima sebab dia kena tahan di bilik bayi sebab kes darah rhesus B- ima (Secara ringkas, drpd awal lagi ima dah diberi tahu jika darah Aleeya ikut darah husband (B+) makna kata ima akan dicucuk, jika tak sebaliknya) so ima dgn husband just dapat tengok Aleeya time waktu melawat je even ima as her mother boleh masuk sana anytime je kalau ima nak tapi baru lepas bersalin kot mesti la tak larat nak berjalan sorang2 ke sana kan..dgn luka jahit kat bawah tu lagi..huhu.. So ima just perlu tunggu result dia macam mana je nanti.

21.09.17 - Khamis

Doktor inform ima petang ni ima dah boleh incharge lepas ima kena cucuk semua (Time ni dah confirm darah Alleeya ikut ayah dia). Petang tu ima dgn husband macam biasa lawat Aleeya then staf yg incharge cakap Aleeya kena tahan di bilik fototerapi (bilik katil baby bawah lampu) pula sebab kes kuning dia. Time ni tengok diaorang bagi dia pakai ala-ala cermin mata dengan pampers je di bawah cahaya lampu nylo. So sedih ok sebab ingatkan dah dapat peluk dia tapi terpaksa tengok dia je. So ima terpaksa discharge without Aleeya. Memang sedih sebab bacaan kuning Aleeya jenis mendatar dan harap sangat dapat bawa balik dia secepat mungkin (hanya mampu berdoa je dalam hati) huhu.. Then sehari seterusnya memang kami kerap melawat dia. Nak tengok keadaan dia macam mana pulak kan..dgn ditambah ima belum dapat bagi Aleeya menyusu penuh lagi sebab time ni susu ima masih sikit. Diorang cakap selalu anak first memang macam tu ok so new mother di luar sana jangan risau k. Kita serupa. haha

23.09.17 - Sabtu

Aleeya dah boleh discharge. Yes. Itu yang kami tunggu2. Time nak melawat tu, pihak hospital cakap kuning Aleeya dah turun so kami dapat la bawa balik Aleeya. Alhamdulilah punya la happy yang amat.. Aleeya so behave.. Semua family pakat datang melawat. Tapi time ni kuning Aleeya masih dalam tahap pemantauan di klinik sebab dia tak turun banyak..huhu..Ingat lagi, kami ikhtiar banyak cara nak bagi dia hilang kuning. Contoh macam pakai ubat titik Nuriz dgn stop dulu makan halia atau daun kunyit. Nanti dah ok dia punya kuning tu makan la balik ok.

24.09.17 - 07.10.17

Ima berpantang macam biasa di rumah mak. Bertungku (benda ni memang ima kena hadap setiap pagi, petang & malam. Untung la mak ima yg tolong panaskan, jika tak mungkin ima malas nak buat kot hehe. Paling banyak ima bertungku 4 kali sehari, lepas tu makin lama makin berkurang sebab tahap kemalasan sudah menyelubungi ima hahaha.. ima buat sampai 32 hari macam tu je sebab rasa batu meriam ima dah kecut). Then, pantang makan & minum dan macam2 lagi yang ima kena pantang sebab rahim ima masih lemah time ni. Kena banyak berehat. Pernah hari ke 16 ima makan ikan duri. Malam tu faraj ima sakit sangat. Lepas tu memang serik dah nak makan sebab mak cakap dia makan ok je. Itu la macam ima cakap, lain orang lain caranya. So korang pun kena hati2 k. Jangan jadi macam ima huhu. Anyway, pusat Aleeya pun dah tertanggal hari ke 7. Ima decide utk tanam je even mak ima cakap orang dulu2 simpan sebab takut adik beradik berpecah belah nanti.. katanya la.. Walahualam.

08.10.17 - Ahad

Time ni Aleeya dah masuk 14 hari. Kami & family decide nak settlekan akikah Aleeya. Maka tumbang la seekor kambing dan kami buat simple2 je. Just upah orang masak then husband dgn family akan edar kat tahfiz dgn jiran2 dekat rumah. Alhamdulilah lepas dah satu benda sunat soal Aleeya ni. Kuning dia pun dah ok. Lega sangat. Just lepas ni buat checkup utk tiap2 bulan sebab kena cucuk vaksin yg semua baby wajib kena tu k.

Sekarang Aleeya dah lebih 1 bulan.. macam2 la perangai dia.. berubah. sekejap ok sekejap nangis terus.. (Ikut perangai ibu dia la ni hahaha) and macam2 la perangai dia.Nak cerita kat sini memang tak akan habis la kan.. haha. Ok di sini ima nak share sikit tips pantang dari soal makanan/minuman (soal ni actually depends on ibu itu sendiri. Ima terus terang ckp mula2 ikut je cakap mak sebab yela petua orang tua2 kan. Tapi bila ima tengok balik dia bersalin di rumah without jahit so ada yang boleh ikut dan ada jugak tak boleh, so kena la buat research dgn tanya orang yg seangkatan kes mcm ima ni plus tanya En Google..hehe (again its depends on you), petua dari tok bidan yg mengurut ima dan juga proses perahan susu ibu (yg ni penting utk ibu yang niat nak susu 2 tahun + utk ibu bekerja macam ima). Al maklum la 20.11.17 ni cuti bersalin ima dah pun tamat so I need go back to work la kan. Harap semuanya berjalan lancar. Amin. Mohon semua doakan niat ima utk menyusu Aleeya selama 2 tahun ni dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna ya. Ditambah pula ima ada beli pam susu yg jenis manual & elekronik. InsyaAllah.



SEMASA PANTANG 44 HARI

Buah-buahan : Epal merah (epal hijau tak boleh), Oren (yang manis je, masam tak boleh gak) , Kurma (kena ambil selalu sebab bagus utk tambah susu)
Sayur-sayuran : Sayur sawi dgn carrot je ima berani makan.
Ikan-ikan : Haruan (ikan ni ima rajin makan dalam 3 minggu awal tu sebab cukup berkesan utk pulihkan luka jahitan), Ikan Merah & Selar Kuning (mak ima banyak buat goreng dgn bakar je), Ayam - Sup & goreng. Minggu ke 4 ima dah start makan sebab luka dah pulih. Jika belum, better jangan ambil lagi sebab boleh buat gatal pada luka kita tu.
Makanan : Nasi Panas, Roti Canai, Capati
Minuman - Milo, Horlick, Susu tepung Ferleaf - Milo nanti akan buat najis kita keras sikit k. Ima pernah alami sembelit time pantang ni sebab time tu luka dalam proses nak sembuh. Ya Allah.. terasa macam seksa nak bersalin lagi kot time tu. Memang lepas tu ima minta husband belikan ubat sembelit kat farmasi. Mudah je membuang..huhu.. Lagi satu petua nak elak sembelit, banyak makan sayur sawi k. InsyaAllah masalah sembelit akan berkurang.
Bijirin - Oats, Empingan jagung (Corn flakes), Kismis Kuning, Roti Wholemeal

SELEPAS PANTANG 44 HARI (PANTANG 6 BULAN) - Ni list yg ima buat lepas ni. Harap boleh ikut la huhu..

Makanan : Laksa (1 tahun), Mee kuning, KoewTeaw, Ikan Patin,  Keli
Minuman : Ais, Ais Krim, (100 HARI), Air kelapa
Sayur : Taugeh,  Kangkung, Kacang panjang
Buah : Tembikai susu, Tembikai

Petua Tok Bidan - Lepas habis pantang (Seminggu Sekali) - Ni petua Tok Bidan nama Cik Sal yang mengurut ima 3 hari berturut-turut. Not bad jugak dia mengurut ima dgn ambil pakej cukur botak rambut Aleeya sekali. Harga dia pun memang berbaloi. RM150.00 utk kos urut dgn cukur botak kepala baby RM12.25. Murah kan?.. susah dah nak cari sekarang. So pada sesiapa yg stay daerah ima boleh la contact dia ya.



Minum - Air rebusan sirih, ros tiga kuntum - air, kulit kayu manis : rebus minum
Cucian Muka - Air cuci beras, putih telur, susu tepung, kulit timun, air separuh cawan (blend)


Credit to NuhaBaby, DrErnaNadia, HamilDalam3Bulan, 9Bulan10Hari & seangkatan dengannya (Korang boleh la baca sepenuhnya di laman facebook diorang yg lebih berpengalaman ni nak dibandingkan dengan ima yg baru nak mula belajar ni hehe)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Wonderful Life ft. Siti Fatimah (versi Studio Sembang)

Catatan Perjalanan Ima..

Merdeka...!