Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

My New Life Has Begun...!

Imej
Alhamdulilah.. itulah yang mampu ima ucap di pagi Ramadhan 1436 bersamaan 16 Hijrah dan Hari Jumaat segala penghulu hari ini. Pukul 6.05 Petang nanti, genaplah 24 Tahun ima bernafas di muka bumi yang indah mempesona cipta-Nya yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui..
Mungkin 3 JULAI 2015 ini adalah hari yang tercatit untuk ima mengenang kembali segala kenangan manis, pahit, kelat, tawar, suka dan duka sepanjang ima hidup. Alhamdulilah.. sesungguhnya tidak terhingga ingin ima ucapkan kalimah ini kerana terlalu banyak untuk ima luahkan.
Selepas habis episod zaman remaja, zaman sekolah, zaman belajar di universiti dulu. Sekarang.. My New Life Has Begun bila ima berpindah masuk ke ‘daerah orang’ di Jitra, Kedah ni. (Tak ada la jauh dari Sungai Petani, tapi dekat 2 jam jugak la perjalanan.. huhu..) Tanpa keluarga, Tanpa kawan dan Tanpa orang yang ima kenal sebelum ni untuk ima memberanikan diri melangkahkan kaki ke alam pekerjaan yang ima impikan sebelum ini. Sungguh tak sangka di sini ima bera…